Saat Cinta Tercuit 18, 19 dan 20 ( dalam satu post)


18
Cinta yang hadir tanpa landasan nafsu, indah..
Sebuah fail berwarna biru diserahkan kepada Qaisara dan tanpa dipelawa, Syahir terus sahaja melabuhkan punggung di kerusi. Berhadapan dengan Qaisara. Dia menongkat dagunya sambil memerhati tingkah gadis itu yang sedang leka menaip.
     “Okey, nak apa Encik Syahir Badli? Apa yang saya boleh bantu?”
     “Saya lapar dan saya perlukan seseorang untuk menemani saya makan. Saya takut saya kebosanan jika makan seorang diri.”
     “Anyway, saya puasa hari ini. Tapi, disebabkan awak dah lapar sangat dan memerlukan seseorang untuk menemani awak, saya tidak kisah untuk menemani awak makan. Jom!”
     “Oh, kalau macam tu tidak perlulah.”
     Qaisara sambung menaip. Sesekali dia terhenti dan kembali menyambung. Akhirnya dia berhenti menaip dan terus mematikan komputer. “Jom keluar makan. Nanti awak gastrik.”
     “And you keep accompany me?”
     Qaisara mengangguk. “Yalah. Atau awak nak saya suruh Rania temankan awak?”
     “Tak perlulah.” Syahir menggeleng-gelengkan kepalanya. “Takkanlah saya nak makan depan orang yang sedang berpuasa. Tidak sopan!”
     “It’s okay. Saya faham. Cuma, nanti awak kena belanja saya. Berbuka puasa!”
     “On me then!” sahut Syahir. Dia tersenyum. Senang hati bila Qaisara sudi menemaninya makan tengah hari. Dia lekas bangkit bila gadis itu sudah mengemas barang dan shutdown komputer ribanya.

Qaisara memandang Syahir yang memandu kereta menuju ke Putrajaya. Hairan sebenarnya kerana lelaki itu kebiasaannya makan tengah hari di Kampung Baru. “Syah, kita mahu ke mana?”
     “Masjid Putrajaya. Kita solat dulu. Kemudian, kita lepak kat sana.”
     “Kata mahu makan?”
     “Hurm, tak perlulah. Tengok wajah awak, saya terus kenyang.”
     Qaisara menggeleng-geleng. “Apa-apa jelah awak. Saya tidak kisah.”
     Pemanduan dilajukan. Terbit rasa bahagia di hati kerana Qaisara berada di sisinya ketika itu.

Kasut disarungkan ke kaki. Mr. John yang sedang memakai stoking dipandang. “Mr. John, agak-agak kalau saya dah kahwin dengan Sara, dia layan saya macam mana?”
     “Sebagai isteri, sudah tentu dia melayan kamu sebagai seorang suami.”
     Syahrul tersenyum. “Kalau dia layan seperti seorang kawan?”
     “Dia berdosa, Syah. Kerana kamu itu suaminya. Bukan kawan dia.”
     “Saya boleh guna kuasa veto sebagai seorang suami ke atas dia jika dia tidak tunaikan tanggungjawab dia ke atas saya?”
     Mr. John hanya menjungkitkan bahu. “It’s up to you then, Syahrul. Ketika itu, dia sudah menjadi isteri kamu. Tanggungjawab kamu. Tiada siapa boleh halang kamu.” Mr. John menggelengkan kepalanya. Kelakar mendengar setiap satu soalan Syahrul.
     Syahrul menyimpulkan senyuman.
     “Tengku?”
     Kepala Syahrul didongakkan. ‘Macam kenal. Oh ya, lelaki ini yang tarik tangan Sara dulu. Ketika di karnival tu. Hurm..’
     “Syah, cepatlah.”
     Syahrul berpaling. Memandang Qaisara dengan senyuman menawan. “Hai, Sara.”
     “Tengku Syahrul Fiqri? Hai.” Qaisara menyapa. Gugup mula bertamu. Teringat kisah yang berlaku beberapa hari yang lepas. “Syah, ayuh.”
     “Sara, boleh kita cakap sekejap?”
     Qaisara memandang wajah Syahir. Minta agar dihalang. Namun, lain jadinya bila Syahir memberikan masa kepada Syahrul untuk berbual. Antara mahu dan tidak mahu, dia akhirnya mengekori langkah Syahrul. Menjauhi Mr. John dan Syahir.
     Kepala digaru. Mencari idea untuk memulakan perbualan.
     Lengan Syahrul dicuit. “Kenapa suka ajak saya then terus diam. Awak memang suka buang masa saya”
     “Saya takut awak marah saya.”
     “Okey, awak nak cakap apa? Saya janji, saya tak marah.”
     “Janji?” Qaisara mengangguk. Mengiyakan. “Saya sudah jumpa famili awak.”
     “What’s?” Terjerit Qaisara mendengarnya. Terkejut. “Eei... awak dah gila ke? Mak ayah saya  bagaimana. Mereka boleh pengsan tahu tak.”
     “Janji tak nak marah. Yang awak marah ni kenapa?”
     “Yalah.. manalah saya tahu awak buat kerja gila macam tu. Kenapa awak jumpa mereka? Apa motifnya?”
     “Saya nak meminang awak. Saya sudah melamar awak, dan awak tidak terima. Saya terpaksa jumpa famili awaklah!”
     Spontan Qaisara menepuk dahinya. “Pengsanlah mak dan ayah saya!”
     “Mereka biasa je. Mengalu-alukan kedatangan kami.”
     “Kami?”
     “Ummi dan walid. Yusri pun ada.”
     “Awak... awak... sah! Memang sah! Dah gila.”
     “Saya gila sebab awak, Sara. Saya cintakan awak.”
     “Saya tak nak dengar apa-apa pun dari mulut awak tu. Tolonglah batalkan hasrat awak untuk kahwin dengan saya tu. Boleh tak?”
     Syahrul menggeleng.
     “Kenapa awak buat semua ni? Kenapa? Saya tidak fahamlah. Awak gila!”
     “Sara, bersaksikan rumah Allah ini. Saya berjanji kepada diri sendiri. Saya akan jadikan awak, sebagai isteri saya suatu hari nanti. Cepat atau lambat sahaja perhitungannya. Kena ingat, barangkali dalam masa beberapa hari juga segalanya akan berubah. Awak akan ikut kata-kata saya ketika itu, sebab saya suami awak.”
     Tubuh Syahrul menjadi mangsa tumbukan. Bengang dengan keputusan Syahrul. “Totally out of minds!” tengking Qaisara. Bengang. Dia langsung melangkah pergi meninggalkan Syahrul bersama senyuman kemenangan.
     ‘Mati aku macam ni. Kenapalah aku ditakdirkan untuk bertemu dengan mamat sesenget alam itu?’

Melopong Qaisara mendengar kata-kata ibunya. Hampir sahaja telefon bimbit di tangannya terlepas dari pegangan. Sekilas dia memandang Wanda yang sedang menyiapkan kerja di ruang tamu. “Ibu, kenapa terima?”
     “Ibu mana tahu apa-apa. Sudahnya dia kata kamu suruh dia minta persetujuan ibu dan ayah. Tapi ibu dan ayah suruh dia tanya kamu balik. Kalau kamu setuju, kami pun setuju.”
     “Sara tak suka dialah, ibu!”
     “Balik sini nanti. Ayah suruh. Kita bincang.”
     “Yalah, yalah. Esok pagi Sara ke sana.”
     “Ibu tunggu kamu.”
     Telefon bimbit dicampakkan ke atas sofa. Tubuhnya pula terus direbahkan di atas sofa itu juga. “Wanda, mamat psiko tu jumpa famili aku kat kampung.”
     “Dia jumpa famili kau? Untuk apa?”
     “Aku memang tak sangka mamat tu ada banyak idea. Memang tak ku sangka tak ku duga betullah.”
     “Aku rasa dia betul-betul sukakan kaulah. First, dia sanggup ajak kau kahwin even baru kenal kau tak sampai 24 jam. Second, dia nekad jumpa famili kau. Kau tak rasa ke yang sebenarnya korang sudah ditakdirkan?”
     “Argh... pening, pening. Ni semuanya Adnan punya hal. Kalau dia tak kahwin dengan si Nessa tu, aku tak perlu pening fikirkan tentang mamat psiko ni. Errrrgghh...”
     Qaisara duduk. Berdenyut kepalanya memikirkan hal tersebut. “Esok aku balik Perak. Jumpa ibu dan ayah. Mereka nak bincang hal ini dengan aku. Paling aku yakin, aku kalah.”
     “Sara, perkahwinan bukan satu jalan mati sampaikan hidup tidak boleh diteruskan lagi. Relakslah..”
     “Wanda, kahwin dengan orang yang kita tidak kenal hati budinya, yang kita tidak tahu sikapnya, dan lain-lain lagi... bagaimana?”
     Pertanyaan Qaisara dibiarkan sepi. Wanda hanya menjungkitkan bahu. “Sara, cuba fikir secara luar kotak. Perkahwinan yang selama ini kau mahu bina dengan orang yang kau telah kenal hati budinya, tidak pernah menjadi. Kenapa pula kau nak sangkalkan pertemuan kau dengan dia yang akhirnya membuka jalan kepada sebuah perkahwinan?”
     “Aku takut. Dia orang kenamaan dan aku hanyalah seorang editor. Jauh bezanya antara keluarga aku dan dia.”
     “Jangan sesekali merumitkan keadaan yang sememangnya mudah dengan pelbagai prasangka.”
     Qaisara diam. Sebaris ayat itu mengganggu mindanya. Ada benar kata-kata Wanda itu. Hanya keluhan yang keluar dari dua ulas bibirnya. 'Tengku Syahrul.. kenapa perlu kau hadir dalam hidup aku?'

19
Jangan pernah takut menghadapi cabaran
“Awak ni gila?” jerkah Qaisara, bengang.
     Qaisara memeluk tubuh. Dia langsung tidak mahu memandang Syahrul. Sakit hatinya ketika itu. Sejak dirinya duduk di dalam kereta mewah tersebut, dia tidak habis-habis memikirkan reaksi orang tuanya di kampung. Dia menjeling Syahrul di sebelahnya.
     Dia benar-benar tidak pasti ketika itu. Tiba-tiba sahaja pagi tadi di hadapan rumahnya terdapat dua buah kereta. Syahrul keluar dari perut kereta dengan lagak bersahaja lalu mengajak untuk ikut serta pulang ke kampung. Dia benar-benar tidak pasti atas urusan apa?
     Tapi, kenapa ianya satu kebetulan. Bukankah dia juga memang mahu pulang ke kampung. Rancangan ibu dan ayah? Siapa yang beritahu dia akan pulang ke kampung awal pagi itu?
     “Tiba-tiba je awak kata saya gila apasal. Awak tu yang sebenarnya gila. Saya duduk dekat sebelah je, tapi menjerit sakan!” bidas Syahrul, turut mahu menang.
     “Kalau saya gila, jangan kahwin dengan saya.”
     “Eh, okey jugak kita kahwin? Awak gila, saya pun gila... sama-sama gila. Serasi kan?” ujar Syahrul bersahaja.
     Dia masih memandang majalah yang dibacanya sebentar tadi. Tidak sekali pun dia memandang Qaisara yang leka melihatnya. Dia sebaik mungkin tidak mahu rahsianya terbongkar yang akhirnya membawa kepada kegagalan untuk berkahwin dengan Qaisara. Tengku Syahrul Fiqri tidak pandai berbohong! Itu kenyataan dan fakta yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa.
     ‘Aku debuk dia sebijik baru tahu. Macam manalah aku nak jadi bini dia ni. Aku ni kan degil, pelik, malas sikit, gila. Eii, senang kata yang negatif kebanyakan ada kat akulah. Erm, agaknya Adnan tak nak kahwin dengan aku sebab tu kut. Salah aku,’ Qaisara terdiam. Leka dia melepaskan pandangan ke luar tingkap.
     “Don’t worry be happy. Semua perangai awak dah saya tahu. Satu per satu. So, don’t worry. Saya boleh kawal awak. Detail,” ujar Syahrul.   
     Qaisara terkedu apabila bisikan hatinya bagaikan dapat dibaca Syahrul.
     Mr. John hanya ketawa melihat Qaisara yang mencebik melalui cermin pandang belakang. “Puan, jangan risau. Tempoh hari, ketika kami pergi menemui keluarga puan semuanya baik-baik sahaja. Tiada apa-apa hal yang tidak diingini berlaku.”
     Mulut terkunci rapat. Qaisara tidak tahu mahu kata apa lagi. pastinya lelaki itu benar-benar nekad mahu memperisterikannya.
     “Don’t worry... be happy...”
     “Itu je ke yang awak reti sebut?” tengking Qaisara geram.
     “Oh ya, saya lupa nak beritahu. Rexton yang awak kembalikan kepada saya tu. Saya akan berikan kepada awak sebagai hantaran. Tak perlu ucapkan terima kasih sebab hanya satu je yang perlu awak lakukan. Jadi isteri saya.”
     Badan Syahrul dipukul bertubi-tubi oleh Qaisara.
     “Hei, hei, awak ni peliklah. Apa yang awak tak suka dengan saya huh? Cuba awak tengok saya betul-betul. Perhatikan betul-betul siapa yang duduk di sebelah awak sekarang ni. Apa saya ni tak cukup kacak ke nak jadi suami awak?”
     Qaisara menghamburkan tawa tiba-tiba. “Kau kacak? Ya Allah, Ya tuhanku. Tak sangka aku yang kau ni perasan ek. Syok sendiri sungguh kau ni.”
     ‘Tak ada perasaan betullah minah ni. Aku punya hensem kata aku syok sendiri. Tak boleh belah betullah. Entah-entah dia ni lesbian kot... sebab tu asyik tak jadi je. Kalau tidak, tentu pertama kali dia terpandangkan aku dia sudah jatuh cinta. Selamat hidup aku kalau betul-betul dia ni lesbian!’

‘Masuk ke tidak ni? Kalau masuk apa ibu dan ayah cakap. Tiba-tiba je datang bersama. Kalau tak masuk nanti ada je jiran yang buka konti. Aduihhh... problem besar ni.’ Qaisara menggaru kepalanya. Tidak tahu apa harus dilakukan. Dia benar-benar takut ketika itu.
     “Wahai bidadari, kenapa tak turun lagi? Ummi dan walid saya pun dah masuk dalam rumah. Takkan awak dah tak sabar nak saya dukung,” usik Syahrul dengan pandangan nakal. Bersahaja dia mengenyitkan matanya pada Qaisara membuatkan gadis itu membulat mata.
     “Saya takutlah.”
     “Eeei, boleh tidak awak abaikan je perasaan tu. Sekarang kita dah ada kat depan rumah awak. Tak akanlah nak balik Kuala Lumpur balik.”
     “Awak cakap senanglah.”
     “Kecik besar je aku tengok minah nilah.” Syahrul berdesis kuat.
     “Apa-apa jelah.”
     “Mr. John, perlu ke saya dukung minah kepoh ni?” soal Syahrul kepada Mr. John.
     Yusri di sisi Mr. John sudah tercengang dengan pertanyaan Syahrul. “Apa tak cukup wayar ke kat kepala kau ni? Takkan soalan bodoh itu pun kau nak tanya. Kau Islam.. dengan dia, bukan muhrim. Dosalah, bodoh!”
      “Dah minah ni menyakitkan hati aku.” Syahrul melepaskan tumbukan angin. Melepaskan geram barangkali.
      “Kau pun cakaplah elok-elok. Ini tidak, asyik nak menengking je. Manalah dia nak!”
     Kata-kata Yusri disambut dengan gelak tawa Qaisara. Jelas sekali Syahrul terkena dengan kata perlian Yusri.
      “Okey, keluar! Jangan buat aku hilang sabar.” Syahrul sudah naik angin. Suaranya sahaja sudah berubah rentak.
     Yusri berdehem kasar. Risau Syahrul mengamuk. Dia kenal perangai Syahrul yang mudah melenting jika hal remeh disukarkan.
     “Saya nak balik KL.”
     “Heyh, kau nak aku buat apa huh? Aku baik-baik dengan kau, kau boleh buat aku macam ni. Kau ingat kau tu siapa?”
     Terkulat-kulat mata Qaisara melihat Syahrul yang sedang mengamuk. Tayar kereta menjadi sasaran dirinya menendang. Lucu memandang wajah lelaki itu yang menyeringai sakit. Tawa yang ingin dihamburkan cuba disimpankan agar tidak mengundang lagi marah Syahrul.
     “Keluar.”
     Kelibat kedua orang tua Qaisara di muka pintu serta orang tuanya memaksa dia melembutkan suara. Risau andai mereka mendengar dan akan terbatal segala rancangannya.
     “Cik Sara, saya rasa..”
     “Okey, okey, saya keluar. Don’t worry be happy.
     “Kau ajuk cakap aku?”
     Qaisara tersengih. ‘Aku terajuk ke tadi. Sengaja kot... haha, lantaklah. Pelik betul dia nilah. Ber‘saya’ dan ber‘awak’. Kemudian ber‘aku-kau’ pulak. Serius mamat ni paling pelik yang pernah aku jumpa.’
     Langkah Qaisara dan Syahrul dipandang dengan rasa lucu. Yusri masih tertanya-tanya. Apa yang istimewanya Qaisara sehinggakan Syahrul nekad mahu mengahwini gadis itu. Mungkin, sikap mereka yang bagaikan anjing dan kucing tersebut.

Puan Asmurni menarik tangan Qaisara agar mengikuti langkahnya ke dapur. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan kepada anak gadisnya itu. “Siapa dia tu? Ibu tengok bukan main lagi gayanya. Macam berada je.”
     “Erm... entah. Mungkin juga kot. Sebab awalan nama mereka bertitle tengku.”
     “Sara, cakap kat ibu. Macam mana kamu boleh kenal dengan dia. Ibu terkejut tahu tak bila dia datang rumah semalam. Tiba-tiba je kata nak melamar kamu. Sudahlah majlis hari tu tak menjadi, sekarang ni kamu tiba-tiba nak kahwin.”
     Qaisara menjungkitkan bahu. “Ibu nak tahu tak Sara jumpa dia kat mana?”
     “Kat mana?”
     “Tepi jalan!”
     Buntang mata Puan Asmurini mendengarnya. “Kamu gila ke Sara. Tengku apa namanya kalau jumpa kat tepi jalan?”
     “Lebuh raya lah ibu. Sebenarnya Sara accident. Langgar kereta dia dan..”
     “Apa? Kamu jangan cakap kat ibu yang dia tolong kamu. Jadi kamu kena balas budinya dengan kahwin.”
     “Tak juga ibu. Ada alasan lain. Tapi, Sara tak berapa setuju... dia paksa.”
     Puan Asmurni memandang Qaisara dengan pandangan tajam. “Paksa? Cakap dengan ibu kenapa? Kamu ada apa-apa rahsia ke?”
     “Bukan ibu. Sara kenal dia masa Sara balik KL hari tu. Jumpa time tu je. Then, dia nak lamar Sara. Sara tolak. Tengking, maki, semuanya dah kena kat dia. Tapi tak jalan dah. Susah nak cakap dengan dia tu,” gumam Qaisara bengang.
     Tercengang Puan Asmurni mendengarnya. Wajah Qaisara dipandang. Anaknya itu tidak menipu.
     “Erm... ibu apa kata Sara dajalkan dia dengan keluarga dia supaya mereka tak jadi nak bermenantukan Sara.”
     “Kamu nak buat apa?”
     “Julap. Kopi... gerenti terangkat!”
     “Ish, jangan buat gila. Terima je lah dia tu. Entah-entah memang dah ditakdirkan dia untuk kamu,” ujar Puan Asmurni. “Terima sahajalah.”
     Qaisara membuntangkan matanya. Terkejut dengan kata setuju dari ibunya. ‘Serius ke ibu ni? Macam tak ada perasaan je.’ Qaisara menggaru kepalanya yang tidak gatal.
     “Setujulah, Sara. Dah jodoh. Nak buat macam mana?” Puan Asmurni berkata lagi. Jelas sekali dia sudah memberi restu pada perhubungn itu.
     Kepala digeleng tidak percaya. Mana mungkin dia mahu berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal. Sedangkan Syahir yang telah dikenalinya sejak usianya belasan tahun juga masih menantikan jawapan darinya.
     “Ibu, Sara baru tidak jadi kahwin bulan lepas tahu. Takkan kali ni nak kahwin. Apa kata orang kampung nanti?” Alasan dilontarkan agar dapat menolak permintaan ibunya.
     “Sudahlah Sara. Mereka takkan cakap apa-apa tentang kamu. Kalau ada pun, tak banyak benda sangat. Lainlah kalau cerita si Adnan tu. Kena tangkap basah dengan gadis bandar. Lagi sadis, kekasih si Syahir pula tu. Haih.. berbelit kisah koranglah. Bersangkut-paut!”
     “Ibu, yakin? Dia mampu membahagiakan Sara?”
     “Terimalah dia seadanya. Percaya cakap ibu. Mungkin dia yang terbaik untuk Sara.” Puan Asmurni memegang bahu Qaisara. Lembut dia menepuk-nepuk bahu anaknya itu menyakinkan.
     Qaisara terus lari ke ruang tamu bila ibunya selesai berkata-kata. “Baiklah Tengku Syahrul Fikri Tengku Jamil, saya sudi kahwin dengan awak kalau awak berikan saya Viva saya kembali sebagai hantaran. Kalau tidak, saya tak setuju kahwin dengan awak! Minggu hadapan. Hari Ahad. Kalau tidak, semua ni awak lupakan sahaja.”
     Terkebil-kebil Puan Asmurni mendengar kata-kata anak gadisnya itu. Berani sekali anaknya itu meminta hantaran sebegitu. Sesuatu yang tidak mustahil.
     “Okey, saya setuju.”
     “Erk... setuju? Saya serius ini. Minggu depan mesti ada.”
     Syahrul mengangguk.
     ‘Haishh... susahlah kalau macam ni,’ bisiknya.
     “Okey, apa kata awak sediakan Viva saya nanti persis Viva saya yang awak dah jahanamkan tu. Lengkap dan tiada perubahan. Boleh?”
     “Boleh.” Yakin Syahrul menyahut.
     Qaisara berkerut dahi. Ideanya bagaikan sebuah jalan mati. Dia akhirnya mendiamkan diri setelah tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. ‘Ya Allah, kenapalah aku diketemukan dengan dia ni?’
     “Ada apa-apa lagi ke? Saya akan sediakan.” Tenang Syahrul menyoal.
     ‘Matilah aku!’

 20
Angin menderu menyampaikan khabar cinta
 “Minggu hadapan?”
     Hampir terduduk dia mendengarnya. Tengku Rogayah benar-benar terkejut. Wajah Syahrul tidak lepas dari pandangannya. Begitu cepat sekali cucunya itu mahu melangsungkan perkahwinan. Dahi ditepuk berkali-kali.
     ‘Mana sempat nak ajak saudara mara datang. Cucu aku ni, memang menyusahkan betullah!’
     Sakit kepalanya sebentar tadi bila dikhabarkan hal tersebut. Dia datang ke Perak semata-mata ingin bertemu dengan keluarga bakal isteri cucunya itu, namun lain pula ceritanya sebaik sahaja dia tiba. “Syah, jujur dengan nenek. Apa yang dah berlaku ni? Kamu cari pasangan tangkap muat ke, Syah?” soalnya.
     “Mana ada tangkap muat...” Syahrul menafikan. Dia menggaru-garu kepalanya. “Dah tak ada cara lain nak kahwin dengan dia. Terpaksalah berbohong. Buat nakal sikit...”
     Mulutnya ditutup dengan tangan. Terlajak perahu masih boleh diundur, tetapi terlajak kata... kantoi!
     “Kamu ni, tidak habis lagi ke nakalnya. Bilalah kamu mahu matang?” tegur Tengku Khalidah lalu kepalanya digeleng-gelengkan. Tidak berpuas hati dengan anaknya. Kini, sudah terbukti segalanya sudah dirancang Syahrul. “Kamu kata dia setuju?”
     “Terpaksalah ummi. Kalau tak guna taktik, mana nak dapat dia?”
     “Syahrul, ummi tak fahamlah. Kamu ni luarannya nampak matang. Tapi kenapa perangai kamu ni langsung tak matang? Dia tu baru tak jadi kahwin bulan lepas. Sekarang kamu paksa dia kahwin dengan kamu. Fikirlah sikit. Status dia tu? Kenapa dia tak jadi kahwin?”
     Syahrul membetulkan duduknya. “Dah, Syah dah siasat. Dia tak jadi kahwin sebab tunangnya kena tangkap khalwat seminggu sebelum majlis kahwin mereka. Ummi pun tahu, kan. Dia sendiri cerita kat ummi.”
     “Perempuan tu kerja apa?” Tengku Rogayah menyoal.
     “She is an editor. Nenek, tolonglah. Dia ada nama. Her name is Qaisara. Bukan perempuan!”
     “Amboi, dah pandai back up dia?” usik Tengku Jamil.
     “Serius kamu nak kahwin dengan dia?” Tengku Khalidah menyoal lembut.
     “Ya, takkanlah Syah buat kerja gila kahwin dengan orang yang Syah tak nak.”
      “Okey, minggu depan kamu kahwin dengan dia. Kereta yang dia nak kamu bagi dia tu? Ada? Apa yang terjadi sebelum ni?”
     “Sebelum ni? Err... dia langgar kereta Syah dulu. Then kereta dia teruk rosak. Syah baikikanlah. Then... rasa sayang pula nak berpisah dengannya. So, Syah simpanlah kereta tu. Kat dalam bangsal lama, belakang rumah,” ujar Syahrul takut-takut. Manalah tahu sebiji dua kusyen melayang ke badan.
     Tengku Khalidah mengurut dada. “Kamu ni, Syah. Semua benda nak dibuat main.”
     Tersengih-sengih dia memandang wajah ahli keluarganya. “Rilekslah ummi. Syah bukan buat apa-apa sangat. Just... simpan kereta dia. Tengok, kan ada peluang nak kahwin dengan dia.”
     “Apa-apalah. Ummi harap lepas kamu kahwin dengan dia, semua berubah. Jadi matang.”
     “Amin...” sahut Syahrul sebelum Tengku Rogayah mara ke arahnya dan menarik telinganya. “Apa ni nenek?”
     “Saja,” sahut neneknya. “Yusri mana? Sejak nenek sampai tadi, dia tak ada. Dia merayap ke mana pula tu.”
     “Dia balik Kuala Lumpur. Ambil kereta.”
     “Tak habis-habis nak susahkan si Yus tu. Apa nak jadilah kamu ni, Syah.” Tengku Rogayah mencubit lengan Syahrul lagi. Sekadar melepaskan rasa geram.
     Syahrul mencebik. “Dia rajin sangat. Apa salahnya.”
     Tengku Khalidah menjegilkan matanya.     

“Serius ke akak ni? Betul apa yang Dihah dengar petang tadi. Ada orang datang meminang akak, dan akak akan kahwin minggu depan?” Bertubi-tubi Nadihah bertanya. Wajah gelisah Qaisara dipandang.
     “Kenapa pula dengan muka akak ni? Gelisah semacam je. Ada apa-apa yang akak pendamkan dari Dihah. Beritahulah Dihah.. boleh Dihah tolong.”
     “Dihah, akak tak nak kahwin dengan lelaki tu. Tolong akak.”
     “Akak nak buat apa? Jangan buat gila. Akak dah beri persetujuan, kan?”
     Qaisara mengangguk-angguk. “Tapi, akak tak suka dialah. Macam mana akak nak kahwin dengan orang yang akak tak suka.”
     “Akak bercinta dengan dia lepas kahwin. Tentu seronok.”
     “Dihah ni. Cuba jangan bagi idea yang bukan-bukan. Susahlah kalau akak nak bercinta dengan dia lepas kahwin. Akak dengan dia macam anjing dan kucing. Jumpa je, asyik nak gaduh. Susah nak bercinta.”
     “Alaa.. akak ni. Takkan itu pun susah. Belajarlah.”
     “Tak boleh, tak boleh.. susah. Apa orang sekeliling akak cakap nanti. Baru bulan lepas akak tak jadi kahwin. Takkanlah nak kahwin pula kali ini. Malulah. Cepat pula tu. Tak pasal-pasal orang kata akan kena tangkap khalwat. Isy.. malu, malu.”
     Spontan Nadihah menepuk lengan Qaisara. “Ada ke cakap macam tu. Akak, cuba relaks. Jangan menggelabah macam ni. Mana ada penyelesaiannya. Isy..”
      “Ri rasa Sara patut terima dia.”
      Qaisara memandang ke arah muka pintu. Fakri sudah berdiri di situ dengan sengihan. “Kenapa?”
      “Sara kena tahu sesuatu. Kalau seorang lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk seorang perempuan, dia betul-betul serius dengan hubungan tersebut. Ri tengok Syahrul tu.. serius dengan apa yang terjadi pada hari ni. Tak mustahil Sara akan bahagia dengannya.”
     “Syahrul.. tak ada siapa dapat menelah apa yang ada dalam fikirannya. Kami berjumpa, secara tiba-tiba. Segala yang berlaku dalam hidup akak selepas bertemu dengannya... semua tiba-tiba. Pelik!”
     “Itu bukan pelik namanya, kak. Itu namanya suratan takdir, jodoh pertemuan.”
     Nadihah masih memujuk kakaknya. Dia duduk di sisi Qaisara lalu memeluk bahu kakaknya itu. “Kahwin dengan dia kak. Dihah yakin akak bahagia dengan dia. Jangan kerana abang Nan seorang, akak tidak mahu berkahwin sampai ke tua.”
      Terangguk-angguk Fakri menyetujui kata-kata isterinya. “Sampai bila Sara nak hidup membujang? Cuba cakap. Takkanlah Sara tidak mahu bina keluarga sendiri. Ada suami, ada anak?”
     “Nak.. tapi, kenapa mesti dia?”
     “Jangan keraskan hati akak. Dia tu lagi hensem tau, dari abang Nan. Err.. itu dari apa yang ibu beritahu Dihah.” Nadihah tersengih bila suaminya berdehem. Tak menyangka Fakri cemburu sebegitu rupa.
     “Terima saja dia tu, Sara. Insya-Allah, bahagia. Kami semua sentiasa ada kat belakang Sara. Kalau dia apa-apakan Sara, tahulah macam mana kami bagi dia pengajaran. Okey?”
     Qaisara diam. Berbelah bahagi perasaannya ketika itu. ‘Apa yang aku harus lakukan sekarang ni?’


*****
Adakah Qaisara akan berkahwin dengan Syahrul? Apa rancangan dia untuk melarikan diri? Syarat yang dikenakan pada lelaki itu hanya satu. Tapi mampukah lelaki itu menunaikannya?

*****
okey, ini merupakan update terakhir untuk enovel ini
mungkin akan diterbitkan tidak lama lagi
mungkinlah, mungkin
tidak mahu terlampau yakin

sorry sebab terlalu lama mengambil masa untuk mengupdate
ada hal yang tidak dapat dielakkan

oh ya, lupa nak share something yang agak PENTING
ada dapat mesej dari satu publisher
lain daripada yang dulu
so kita tunggu dan lihatlah. tak pasti berjaya atau tidak diterbitkan
ini kisah budah jalanan. bukan professional
bye!!!


 











4 comments:

Anonymous said...

Hepi jadi budak 1st k0men kali ni. Yippi.. Best. Selalu jadi silent reder je. Best sgt. Nak lg. Tapi x sangka dah st0p. Sedih.

Kait said...

Tahniah.... Moga berjaya.....

Anonymous said...

Dah ada di pasaran ke citer ni ??

hasiza bt abdullah said...

assalamulaikum. dah di terbitkan ke. saya selalumengikutinya jadi dah tak sabar nak tahu kesudahan cerita ini